Teh herba
Nama tempatan : Pegaga
Nama saintifik : Centella asiatica
Famili : Apiaceae
Kandungan sebatian kimia
Sebatian aktif yang utama yang terdapat di dalam pegaga ialah terbitan triterpenoid pentasiklik iaitu asid asiatik, asiatikosid, asid madekassik, dan madekassosid yang mana termasuk di dalam kumpulan b-amirin ursolik. Selain itu C. asiatica juga dikatakan kaya dengan sumber vitamin seperti vitamin A, B, D dan K serta mineral seperti magnesium, kalsium dan sodium.
Kegunaan pegaga
§ digunakan untuk mengurangkan sakit gigi, merawat sakit tembolok dan kencing tidak lawas.
§ untuk menghilangkan rasa pening dengan cara menumbuk secubit ‘garam jantan’ bersama pegaga hingga lumat dan airnya diminum setiap pagi.
§ digunakan untuk meransang dan memudahkan penyingkiran najis, sebagai agen pembersih toksin dalam tubuh, meningkatkan keupayaan menghadam makanan dan meningkatkan sistem imunisasi badan
§ meningkatkan daya ingatan dan tumpuan, mengurangkan kelesuan dan tekanan, membaiki dan meningkatkan sistem saraf, membantu sistem peredaran darah dan menguatkan saluran darah.
§ digunakan untuk merawat cirit-birit dan najis berdarah akibat sembelit, ulser perut, gastrik, jangkitan salur kencing, mengurangkan bengkak otot dan kaki, kekejangan otot, mengelakkan urat timbul, sukar tidur, sakit kepala dan untuk menyejukkan badan.
§ untuk mengubati malaria.
§ untuk meningkatkan sistem saraf.
§ Pegaga juga digunakan oleh kebanyakan orang untuk meningkatkan kebolehan belajar dan meningkatkan daya ingatan. Hal ini mungkin disebabkan oleh tindakan pegaga mencuci darah, menguatkan jantung dan menstabilkan hormon. Hasil daripada tindakannya meningkatkan sistem peredaran darah, maka ia sesuai digunakan untuk mengelakkan dan merawat gangguan sistem saraf. Hal ini mungkin kesan daripada tindakan pegaga meningkatkan tenaga dalam sel otak.
Kelebihan dan kebaikan teh herba
§ Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
§ Menghilangkan masalah kolestrol
§ Mengatasi masalah sembelit dan angin serta melancarkan pembuangan air besar.
§ Membuang toksik.
§ Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan pada penderita penyakit gout.
§ Menghilangkan sakit kepala.
§ Menghaluskan kulit.
§ Meningkatkan daya ingatan.
§ Antikardiovaskular
§ Sangat baik untuk wanita menopause dan osteoporosis.
Terima kasih kawand sudah membaca...!!
Teh herba
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!
masih 0 Tanggapan untuk Teh herba
Posting Komentar
__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__
......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......
<<<<<>>>>>>