f Madu Asli | IZTAR HERBALIS MUSLIM

CARI DI BLOG INI

Madu Asli

Beranda Sabtu, Juni 18

Madu Asli

 Dengan kuasa Allah SWT, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Serangga tersebut ialah lebah dan penawar yang dikeluarkanya ialah madu lebah.
Allah  s. w.t. berfirman: ........Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia.... (Furqan: 16:69).

Selain itu Ibnu Majah dalam meriwayatkan sebuah hadis terkenal daripada Abu Hurairah, berkata “ Sesiapa yang mengambil madu tiga kali sebulan, dia tidak akan mendapat apa-apa bencana yang besar”. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Kamu mempunyai dua ubat: madu dan al-Quran.” Hadis riwayat Ibnu Majah.

Lebah terbang mencari bunga-bungaan yang berbau harum dan ia dapat membezakan antara bunga yang mempunyai khasiat yang tinggi dan yang tidak berkhasiat melalui  bau dan warnannya. Setiap ekor lebah dapat menghasilkan sekitar 10 gram madu setiap hari meskipun ia terpaksa berulang alik ke sarangnya sehingga 60 kali. Menurut Prof H. A. Schuette dari Jabatan Kimia Universiti Wisconsin menyatakan madu yang berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman adalah lebih baik kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium adalah lebih tinggi.

Kegunaan madu
·         Untuk mengubati sakit perut akibat daripada cirit-birit.
·         Rasulullah menganjurkan mengambil madu untuk mencuci perut dan usus.
·         Madu juga dapat menguatkan perut dan meransang selera makan.
·         Madu sangat baik untuk orang-orang tua yang mempunyai banyak lendir dalam salur gastrointestinal.
·         Mengurangkan ketegangan tubuh badan dan boleh digunakan untuk merawat gigitan anjing gila.
·         Untuk mengubati keracunan dari cendawan serta boleh digunakan untuk mengawet daging sehingga dapat bertahan selama tiga bulan.
·         Melembutkan rambut dan menjadikannya tumbuh dengan lebat dan kelihatan lebih cantik.
·         Madu digunakan sebagai ubat mata untuk menambahkan daya penglihatan.
·         Madu juga boleh digunakan sebagai pembasuh mulut, dapat melindungi kesihatan gusi dan memutihkan gigi.
·         Menjilat madu semasa perut kosong dapat melancarkan saluran-saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing.
·         Ibnu Juraij mengatakan bahawa, Az Zuhri berkata, “ Makanlah madu kerana madu itu baik untuk meningkatkan daya hafalan.” Apabila dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam tempoh tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
·          Madu lebah dikatakan dapat merawat pesakit yang mengidap kencing manis yang terpaksa menggunakan suntikan insulin. Walau bagaimanapun pengambilannya hendaklah tidak berlebihan.
·         Madu juga membantu menghilangkan racun dan bahan-bahan yang tidak berguna pada hati.
·         Madu dapat melancarkan perjalanan darah dan membersihkan kotoran-kotoran yang terlekat pada salur-salur darah.
·         Pengambilan madu sebelum bersarapan akan menghilangkan kahak dan mencuci perut daripada cairan yang kotor dan mengelakkan berlaku sekatan pada usus.
·         Madu lebah yang dicampur dengan limau nipis dipercayai dapat menghindari masalah kedinginan serta dapat digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak.
·         Rasulullah sendiri gemar mengamalkan minum madu yang dicampur dengan air sebelum baginda mengambil apa-apa makanan.



Kajian saintifik terhadap madu
Dalam satu persidangan ‘World Apiculture Conference’ yang diadakan di China pada 20-26 September 1993 mengenai khasiat madu lebah, seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah untuk merawat 2094 pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Manakala doktor-doktor dari Poland pula telah memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan sakit puan.

Madu lebah sebagai bahan antioksidan
Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan yang tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.

Madu lebah dan kesannya terhadap kulit
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh David Ropa daripada Thomas J. Payne Market Development madu lebah boleh digunakan untuk mengeluarkan alpha hydroxy acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru dan amat berkesan apabila digunakan sebagai agen pelembap kulit (moisturizers). Selain itu satu kajian telah dilakukan oleh Dr V. M. Medical College di Maharashtra, India untuk mengetahui potensi madu lebah untuk merawat luka terbakar. Dalam kajiannya, 52 daripada pesakit yang mengalami luka terbakar dilumur dengan madu lebah manakala 52 yang lain dirawat dengan silver sulfadiazin iaitu ubat yang biasa digunakan dalam perubatan moden hari ini. Selepas 15 hari, 87% daripada pesakit yang menggunakan madu lebah sembuh sepenuhnya berbanding hanya 10% pesakit yang menggunakan silver sulfadiazin sembuh. Mereka yang menggunakan madu lebah didapati kurang sakit dan kesan parutnya juga kurang ketara berbanding mereka yang menggunakan silver sulfadiazin.
Madu lebah sebagai bahan antibiotik
Selain itu kajian selama tiga tahun yang dilakukan oleh University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati madu lebah asli mampu menyembuhkan luka-luka yang gagal dirawat dengan antibiotik moden. Di dalam kajian ini daripada 59 pesakit yang mengalami luka-luka bernanah yang diberikan madu lebah, didapati 58 daripada mereka sembuh dengan sempurna. Di antara kelebihan madu lebah ialah pHnya yang berada di tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila dicairkan salah satu enzim yang terdapat di dalamnya meransang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai ‘hidrogen peroksida’. Bahan antibakteria yang terdapat di dalam madu lebah ini mampu membunuh Staphylococcus aureus iaitu sejenis bakteria yang berbahaya.
Nutrisi madu (dalam 100g bahan)
Unsur
Kadar
Unsur
Kadar
Air
20 g
Protein
0.3 g
Karbohidrat
79.5 g
Vitamin B1
Sisa
Vitamin B2
0.04 mg
Asid nikotinik
0.2 mg
Fosforus
0.16 mg
Asid pantotenik (Vit B3)
0.2 mg
Kalsium
5 mg
Tembaga
0.2 mg
Vitamin C
4 mg
Besi
0.9 mg
Asid stearik
50 mg
Potasium
10 mg

Selain itu terdapat juga sumber melaporkan di dalam madu terdapat vitamin E, vitamin K, asid folik dan asid tartarik. Madu juga terdiri daripada pelbagai jenis gula iaitu gula buah-buahan (fruktosa), gula anggur (glukosa) dan gula tebu (sukrosa). Kadar air yang terdapat di dalam madu adalah sekitar 17% hingga 19% untuk memelihara keawetan madu dan menstabilkan kandungan nutrisi di dalamnya. Madu juga mengandungi beberapa enzim yang penting iaitu enzim invertase yang berfungsi mengubah sukrosa kepada gula ringkas fruktosa dan glukosa, enzim katalase yang berperanan menguraikan perokasida menjadi air dan oksigen (enzim pengoksida yang terdapat dalam darah dan jaringannya). Manakala enzim amilase yang terdapat di dalam madu berperanan mengaruh sebatian-sebatian kanji iaitu sebatian tempat terbentuknya madu lebah.

Terima kasih kawand sudah membaca...!! Madu Asli dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!

masih 0 Tanggapan untuk Madu Asli

Posting Komentar

__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__

......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......

<<<<<>>>>>>

-Kritik & Saran Disini-

WARNING...!!!

saya menulis blog ini hanya untuk berbagi ilmu dan pembelajaran semata harap digunakan dengan bijak, dan slalu berfikir positif..... bila ada phak yang merasa keberatan dengan blog saya kamu minta maaf sebesar-besarnya...




TERIMA KASIH..!!

..::TERLARIS::..

komentar terakhir

..::jumlah Visitor minggu ini::..

TOP-RATING
iztar herbalis muslim™. Diberdayakan oleh Blogger.
 
powered by FACEBOOK and IZTAR HERBALIS MUSLIM all rights reserved