Nama produk: Mengkudu
Kandungan herba: Mengkudu / noni
Nama saintifik
Morinda citrifolia
Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan bersaiz sederhana, boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 10m. Daunnya berbentuk elips, warna hijau berkilat. Jambak bunga pendek dan menghasilkan bunga berwarna putih dan tersusun padat. Buah masak adalah lembut, bewarna putih atau kehijau-hijauan, masam dan berbau tengit.
Taburan
Morinda citrifolia didapati tumbuh di negara-negara tropika termasuk Malaysia. Biasanya ia tumbuh liar dan kadang kala ditanam. Ia tumbuh dengan baik di kawasan berhampiran pantai. Morinda citrifolia atau mengkudu sangat terkenal di kawasan Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Carribean sebagai bahan perubatan tradisional. Barat menyebut mengkudu sebagai ‘queen of the morinda’. Di Hawaii mengkudu ini lebih dikenali sebagai noni manakala di Tahiti mengkudu dikenali sebagai nonu atau nono.
Kegunaan
Arteriosklerosis, asma, kencing manis, rheumatik, kesuburan, melancarkan haid, penyakit hati, beri-beri dan penyakit kulit seperti kudis buta, ulser, luka dan psoriasis.
Kandungan sebatian kimia
Alizarin, asperulosid, xeronin, asid askorbik, morindin, skolopetin, karatenoid, riboflavin, niasin, β-sitosterol, alkaloid dan flavon glikosida.
Kajian saintifik
Mengkudu mempunyai aktiviti antimikrob, hipotensif (boleh menurunkan tekanan darah), antioksidan, menjadi bahan pembunuh serangga dan dilaporkan dapat bertindak sebagai ubat penahan sakit. Morinda citrifolia mempunyai sebatian skolopetin yang sangat efektif untuk merawat peradangan dan alergi. Sebatian ini juga dilaporkan mampu mengubati arthritis, Sindrom Carpel Tunnel (sakit, kebas dan rasa menyucuk pada jari) dan alergi. Skolopetin berfungsi meluaskan saluran darah yang mengalami penyempitan dan melancarkan lagi peredaran darah sehinggalah jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah. Hal ini menjadikan tekanan darah berada di tahap yang normal. Walaupun skolopetin yang terdapat di dalam mengkudu bertindak secara sinergi dengan nutraceuticals (makanan yang berfungi untuk pengubatan) lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi kepada normal namun ia tidak pula merendahkan tekanan darah yang telah sedia normal.
Menurut Neil Solomon, Ph.D, skolopetin dalam mengkudu adalah sejenis fitonutrien yang dapat mengikat serotonin, iaitu sebatian kimia yang penting untuk tubuh. Skolopetin dapat meningkatkan kegiatan kelenjar peneal yang terdapat di dalam otak. Kelenjar ini merupakan tempat serotonin diproduksi dan kemudian digunakan untuk menghasilkan hormon melatonin. Melatonin iaitu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal di dalam keadaan yang gelap. Walau bagaimanapun hormon ini tidak dikeluarkan dalam keadaan cahaya yang terang. Kehadiran hormon ini akan memberi maklumat pada otak tentang pertukaran masa antara malam dan siang. Melatonin merupakan hormon yang berasal dari serotonin bertanggungjawab untuk mengawal atur kitaran tidur. Selain itu, serotonin dan melatonin membantu mengawalatur beberapa kegiatan tubuh seperti suhu tubuh, perasaan hati (mood), masa akil baligh, kitaran reproduksi sel telur, rasa lapar dan perilaku seksual. Masakini hormon melatonin ini digunakan untuk merawat mereka yang mengalami gangguan kitaran tidur akibat pernerbangan jauh, insomnia, pekerja syif dan orang tua. Kandungan alkaloid yang terdapat di dalam mengkudu bertindak sebagai agen anti-inflamatori (anti-radang).
Terima kasih kawand sudah membaca...!!
Mengkudu
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!
masih 0 Tanggapan untuk Mengkudu
Posting Komentar
__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__
......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......
<<<<<>>>>>>