Nama produk: Imuniti / D’Tork
Kandungan herba: Hempedu bumi / pokok cerita
Nama saintifik
Andrographis paniculata
Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan jenis herba, tumbuh tegak, batang bersegi dan licin. Herba tahunan dan ketinggian pokok sekitar 30-90 cm.
Taburan
Terdapat di seluruh negara tropika. Tumbuh dengan baik di kawasan sedikit terlindung dan lembab.
Kandungan sebatian kimia
Andrograpanin, andrografisida, furanoditerpena andrografolida, asid klorogenik, panikulid A, B dan C, diterpen glikosida dan asid kafeik polifenol. Mineral kalsium, kalium dan natrium.
Kegunaan secara tradisional
Daun atau keseluruhan tumbuhan ini dimakan untuk membunuh parasit (antihelmintik), mencegah ketumbuhan (antitumor), mengurangkan kesuburan, mengembalikan keceriaan, merawat darah tinggi, tahan sakit, tingkatkan sistem imuniti, kedatangan haid yang tidak tetap, demam, terkena patukan ular, digigit serangga berbisa, diabetis, sakit
dada, sakit tekak, sakit kulit dan cirit-birit.
Kajian saintifik
Kesan furanoditerpena andrografolida yang terkandung di dalam pokok menyebabkan rasa pahit apabila dimakan. Kajian menunjukkan ekstrak daripada pokok ini dapat meningkatkan kadar fagositosis sel darah putih iaitu proses sel darah putih melawan bakteria. Tumbuhan ini juga dapat bertibdak sebagai agen antibiotik yang berspektrum luas. Zat aktif andrografolida terbukti berkhasiat sebagai hepatoprotektor (melindungi sel hati dari daripada bahan toksik).
Kajian ke atas rumusan Andrographis paniculata yang dijalankan di Institut Herba Sweden menunjukkan bahawa rumusan ini berupaya mengurangkan kadar menghidap demam dalam satu kumpulan kajian. Kesan ini disebabkan oleh andrografolida yang mempunyai kesan imunostimulan. Kajian ke atas tikus menunjukkan andrografolida, neoandrografolida dan didehidroandrografolida boleh menurunkan demam yang disebabkan oleh agen pengaruh demam seperti toksin bakteria, pneumokokus, streptokokus hemolitik, tifoid, paratifoid dan 2,4-dinitrofenol. Andrographis paniculata juga mempunyai kesan analgesik (tahan sakit) dan antipiretik (membuang panas). Tumbuhan ini tidak menunjukkan sebarang kesan ketoksikan.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa A. paniculata ini berupaya menurunkan atau melegakan kesan radang yang diaruh oleh bahan kimia seperti histamin, dimetil benzen dan minyak kroton. Hal ini disebabkan oleh kehadiran empat sebatian aktif yang terdapat di dalam A. paniculata iaitu deoksiandrografolida, andrografolida, neoandrografolida dan didehidroandrografolida. Kesan antiinflamatori (antiradang) didehidroandrografolida telah dikenalpasti melalui peningkatan sintesis dan pembebasan hormon adrenokortikotrofik (ACTH) daripada kelenjar ptuitari. ACTH selanjutnya mengaruh kelenjar adrenal untuk menghasilkan kortisol iaitu sebatian semulajadi antiradang. Tumbuhan ini juga membaiki sistem penghadaman dan menambah penyerapan karbohidrat.
Terima kasih kawand sudah membaca...!!
Imuniti / D’Tork
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!
masih 0 Tanggapan untuk Imuniti / D’Tork
Posting Komentar
__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__
......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......
<<<<<>>>>>>