f Shark Cartilage | IZTAR HERBALIS MUSLIM

CARI DI BLOG INI

Shark Cartilage

Beranda Jumat, Juli 1

Nama produk:                 Shark Cartilage
Kandungan:            Rawan ikan jerung


Kandungan sebatian kimia 
Analisis kimia menunjukkan rawan jerung yang dikeringkan mengandungi
-          41% abu-terdiri daripada 60% kalsium dan fosforus pada nisbah 2:1.
-          39% protein
-          12% karbohidrat
-          7% air
-          kurang 1% fiber
-          kurang 0.3% lemak

Kajian saintifik
Kajian yang dijalankan oleh Dr Luer mendapati apabila ikan jerung atau sharks didedahkan pada aflatoksin B1 (sejenis toksin yang berbahaya) yang berpekatan tinggi, ikan jerung tidak menunjukkan sebarang kejadian tumor. Aflatoksin B1 mrupakan penyebab karsinogen. Apabila aflatoksin diaktifkan, maka ia akan mengikat dengan DNA dan seterusnya menyerang gen. Dr Luer telah menjalankan eksperimen untuk mengetahui bagaimana jerung dapat bertindak untuk mengurangkan kanser. Hasil daripada kajian beliau menunjukkan terdapat enam atau tujuh protein yang mempunyai kebolehan untuk mengelakkan daripada pertumbuhan salur darah.

  • Hasil kajian Dr Prudden menunjukkan penggunaan rawan lembu dapat bertindak sebagai peransang sistem imuniti tubuh dan agen perencat angiogenesis (proses penghasilan salur darah) secara perlahan. Pesakit tumor yang diberikan rawan lembu menunjukkan kesan pengecutan pada bahagian tumornya, akan tetapi penggunaan rawan jerung menunjukkan kesan yang lebih hebat iaitu 1000 kali lebih efektif daripada rawan lembu sebagai agen antiangiogenesis.
  • Tumor dan metastasis (tumor yang tersebar ke bahagian organ lain) tidak boleh membesar tanpa jaringan salur darah yang menyokongnya.
  • Pertumbuhan tumor bergantung kepada kemunculan salur darah baru.
  • Pertumbuhan salur darah baru (angiogenesis) normalnya tidak berlaku pada orang dewasa.
  • Rangka ikan sharks kebanyakannya adalah terdiri daripada rawan.
  • Rawan sharks merupakan bahan yang tidak toksik yang sangat efektif untuk merencatkan proses angiogenesis (kesan antiangiogenesis, sharks bekerja secara sinergistik bersama mukopolisakarida).
  • Sangat sedikit (sekiranya ada) sharks mendapat kanser.

Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam rawan ikan jerung ini adalah disebabkan oleh proses pengapuran yang berlaku pada rawan terutamanya pada rawan tulang belakang. Walaupun protein yang bertindak sebagai bahan anti angiogenesis sebahagiannya larut bersama kalsium, fosforus, karbohidrat dan sebatian semulajadi yang lain, namun larutan ini memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit. Mukopolisakarida yang terdapat di dalam karbohidrat meransang sistem imuniti tubuh dan bekerja secara sinergistik bersama protein dalam melawan penyakit manakala kalsium organik dan fosforus digunakan oleh metabolisme tubuh sebagai nutrien.

Terima kasih kawand sudah membaca...!! Shark Cartilage dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!

masih 0 Tanggapan untuk Shark Cartilage

Posting Komentar

__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__

......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......

<<<<<>>>>>>

-Kritik & Saran Disini-

WARNING...!!!

saya menulis blog ini hanya untuk berbagi ilmu dan pembelajaran semata harap digunakan dengan bijak, dan slalu berfikir positif..... bila ada phak yang merasa keberatan dengan blog saya kamu minta maaf sebesar-besarnya...




TERIMA KASIH..!!

..::TERLARIS::..

komentar terakhir

..::jumlah Visitor minggu ini::..

TOP-RATING
iztar herbalis muslim™. Diberdayakan oleh Blogger.
 
powered by FACEBOOK and IZTAR HERBALIS MUSLIM all rights reserved