Paramaria plus
Kandungan herba utama : Akar serapat dan kacip fatimah
1) Nama tempatan : Akar serapat
Nama saintifik : Parameria laevigata
Famili : Apocynaceae
Kegunaan :
· Kulit batang – rebusannya digunakan untuk mengecutkan rahim semasa tempoh wanita berpantang. Ia juga digunakan untuk mengubati luka, cirit-birit serta digunakan untuk merawat tuberkulosis.
· Daun dan bunga – melancarkan perjalanan haid.
Kajian menunjukkan ekstrak akues akar serapat menunjukkan perencatan pada bakteria Micrococcus aureus dan Escherichia coli serta menunjukkan perencatan terhadap HIV-1 protease.
2) Nama tempatan : Kacip fatimah atau selusuh fatimah.
Nama saintifik : Labisia pumila/ labisia pothoina
Famili : Myrsinaceae
Kandungan sebatian kimia
Hasil kajian mendapati fitokimia mendapati bahawa daun dan akar kacip fatimah mempunyai sebatian-sebatain resorsinol alkenil (sebatian fenol) iaitu (Z)-5-(pentadek-4’enil)resorsinol, (Z)-5-(pentadek-8’-enil) resorsinol dan (Z)-5-(pentadek-10’-enil) resorsinol, sebatian bezokuinon dan zat besi.
Kegunaan
· Keseluruhan tumbuhan - digunakan oleh kaum wanita bagi rawatan selepas bersalin untuk melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengecutan rahim, menjarakkan kehamilan dan memulihkan tenaga. Rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk memudahkan bersalin selain digunakan untuk merawat senggugut, gonorea (penyakit kelamin), senak perut, cirit-birit dan reumatik.
· Akar - mengubati buasir dan penyakit dalam tulang.
· Daunnya - merawat bayi yang mengalami kembung perut.
Kelebihan dan kebaikan Produk Paramaria plus
· Melancarkan haid
· Awet muda
· Menghilangkan keputihan
· Menghilangkan sakit pinggang dan keletihan
· Mengencangkan rahim
· Menguatkan tulang
· Menghaluskan kulit
· Melancarkan pembuangan air kecil
Terima kasih kawand sudah membaca...!!
Paramaria plus
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya ya kawand..!!!!
masih 0 Tanggapan untuk Paramaria plus
Posting Komentar
__::jangan lupa baca bismilah truz tinggalkan jejak yach::__
......boleh berkomentar bebas, tapi dilarang menyinggung orang lsen.......
<<<<<>>>>>>